Aktiviti Semasa


Summer Camp Super A SPM

Seramai 200 orang pelajar tingkatan 5 negeri Johor berkumpul dan bermalam di Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan YPJ, Sekakap Mersing bagi mengikuti program Summer Camp Super A SPM yang dianjurkan bersama Utusan Malaysia. Program 3 hari dua malam yang bermula pada 7 September hingga 9 September 2017 bertujuan untuk memberi motivasi dan tips untuk menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diadakan pada November 2017. Penceramah untuk program ini adalah Dr. Hj Ismail Md Zain (Motivator & Penasihat Tutor Utusan Malaysia).

by Admin KPYPJ , 10/09/2017

KPYPJ di Istiadat Perkahwinan Diraja Johor

Pensyarah-pensyarah dan siswa/siswi Sekolah Hospitaliti & Pelancongan KYPJ bertugas di Istiadat Perkahwinan DiRaja Johor pada 14 Ogos 2017 di Istana Besar, Johor Bahru bersempena majlis perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama pasangan pilihannya, Dennis Muhammad Abdullah.

by Admin KPYPJ , 15/08/2017

Kursus Induksi Staf Baru

Telah berlangsung Kursus Induksi untuk staf baru KPYPJ pada 7 hingga 10 Ogos 2017 di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan (PKPI), Sekakap, Mersing. Kursus selama tiga hari dua malam itu melibatkan seramai 41 orang staf dari pelbagai jabatan dan bidang. Semoga staf KPYPJ sentiasa komited dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

by Admin KPYPJ , 10/08/2017