Pendidikan di Malaysia sekarang menuju ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, ia perlu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
Meningkatkan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam pelbagai sektor pekerjaan dengan menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar lepasan sekolah dalam bidang akademik dan kemahiran untuk keperluan negara.