Sejarah Kolej Kemahiran Johor (KKJ) bermula seawal pengambilalihan Pusat Latihan Kemahiran Belia oleh KPYPJ pada tahun 1997, program kemahiran KKJ terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan keperluan pembangunan ekonomi negara selain memberi peluang kepada pelajar yang kurang cenderung di aliran akademik untuk membina kerjaya dalam bidang kemahiran.
KKJ menawarkan kursus kemahiran dan teknikal dalam pelbagai bidang di peringkat sijil dan diploma kemahiran di empat buah daerah iaitu Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Kota tinggi dan Muar. Pembelajaran yang dilaksanakan adalah secara amali bagi menghasilkan pelatih yang kompeten dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori.
Program kemahiran KKJ adalah berasaskan kepada 70% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri manakala 30% adalah dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan adalah mengikut 100% NOSS (National Occupational Skills Standard) yang telah disediakan dan ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Kolej Kemahiran Johor (Johor Bahru)
Pembuatan Pastri – SKM 2,3
Penyediaan & Pembuatan Makanan – SKM 2,3
Automotif (Servis Selepas Jualan) – SKM 2,3
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik – SKM 2,3
Pengurusan Pejabat – SKM 2,3,4
Operasi Sistem Komputer – SKM 3,4
Multimedia – SKM 2,3,4
Pelukis Pelan Senibina – SKM 3
Kolej Kemahiran Johor (Muar)
Peralatan Penyamanan Udara HVAC – SKM 2,3
Kolej Kemahiran Johor (Batu Pahat)
Pembuatan Pakaian Wanita – SKM 1,2,3,4
Kolej Kemahiran Johor (Kluang)
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik – SKM 2,3
Kolej Kemahiran Johor (Kota Tinggi)
Scaffold Level 1 (Basic)
Scaffold Level 2 (Intermediate)
Confine Space (AESP)
Site Safety Supervisor (3S)
Blasting & Painting (C7 & C12)
Lifting Supervisor / Rigger /Slinger
Coating Inspector Level 1
Coating Inspector Level 2
IBU PEJABAT Kolej Kemahiran Johor
Jalan Ahad, Kg. Ungku Mohsin
80350 Johor Bahru, Johor
Tel : 07 236 4924
Faks : 07 237 3145