Notis Perlindugan Data Peribadi
Tujuan Notis Privasi
Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan bagi tujuan Notis ini membawa maksud seperti tercatat di dalam Akta.
Notis ini dikuatkuasakan kepada orang yang berkaitan dengan Akta dan bertujuan untuk memberitahu anda bagaimana Data Peribadi dikumpulkan, digunakan dan diproses oleh Kumpulan Pendidikan YPJ (selepas dari ini disebut KPYPJ), sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709, selepas dari ini disebut PDPA) serta lain-lain undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkuatkuasa.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013, oleh itu KPYPJ adalah dengan ini terikat untuk memberi notis dan memerlukan persetujuan berhubung pengumpulan, perekodan, penggunaan, penyampaian dan penyimpanan data peribadi.
Notis ini boleh diubah dari semasa ke semasa untuk melindungi data peribadi.
Apakah Data Peribadi ?
Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang secara langsung atau tidak langsung dengan individu yang boleh dikenalpasti daripada maklumat itu termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat. Antara lain termasuk :-
- Nama
- Kad Pengenalan
- Tarikh Lahir
- Tempat Lahir
- Alamat
- Keputusan Peperiksaan
- Sejarah Pendidikan
- Sejarah Pekerjaan
- Sejarah Perubatan
- Jenis Darah
- Bangsa
- Agama
- Gambar
Kaedah Pengumpulan Data
KPYPJ mengumpul maklumat dengan cara berikut :-
- Maklumat yang di berikan melalui interaksi dan/atau transaksi dengan melalui pelbagai medium, bentuk, kaedah atau termasuk pelbagai cara tetapi tidak terhad kepada borang permohonan jawatan kosong sahaja.
- Maklumat yang di perolehi melalui penggunaan laman web dan maklumat ini termasuk data peribadi.
Jika anda memilih untuk berinteraksi atau berurusan dengan kami sama ada melalui laman web atau dalam mana-mana medium, bentuk, kaedah atau cara lain untuk permohonan seperti sebarang langganan produk dan perkhidmatan KPYPJ, anda mungkin akan diminta memberikan data peribadi anda.
Sumber Bagi Data Peribadi
Dalam memberikan perkhidmatan yang berkaitan, KPYPJ boleh mendapatkan data peribadi daripada pelbagai sumber, antaranya seperti:
i. Diri Anda
Dari permohonan yang dikemukakan kepada kami, anda adalah dianggap telah memberi kebenaran untuk pengisytiharan maklumat di dalam permohonan anda.
ii. Pihak Ketiga
iii. Penyertaan anda dengan entiti lain
iv. Penjaga, wakil sah atau penjamin
v. Kemungkinan terdapat rujukan ke atas data peribadi bagi permohonan pinjaman atau rujukan kredit
vi. Institusi pendidikan atau majikan terdahulu
vii. Laman Sesawang
Penggunaan Data Peribadi
Dalam memenuhi tanggungjawab kami ke atas anda, data peribadi anda boleh digunakan bagi tujuan-tujuan yang tidak terhad kepada:-
i. Untuk memproses apa-apa faedah dan perkhidmatan
ii. Untuk tujuan komunikasi
iii. Untuk pengiklanan dan berita
iv. Untuk tujuan pentadbiran am dan rekod
v. Untuk tujuan latihan dan tujuan yang berkaitan dengan KPYPJ
vi. Untuk memberi sebarang maklum balas, menjawab aduan dan pertanyaan
vii. Untuk tujuan tadbir urus korporat
Penyimpanan Data Peribadi
KPYPJ adalah di bawah obligasi undang-undang untuk menjamin dan melindungi maklumat peribadi tetapi tidak terhad kepada data peribadi sebelum dan selepas PDPA dan ia adalah dasar sedia ada dan dasar berterusan kami untuk berbuat demikian.
Untuk memberikan perkhidmatan yang efektif secara berterusan, penyampaian maklumat tertentu perlu dilaksanakan.
Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan dan/atau disampaikan kepada pihak ketiga tidak terhad kepada ejen luar yang dilantik bagi tujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkenaan dengan tujuan-tujuan di atas dan tujuan-tujuan lain termasuk menyediakan perkhidmatan bersepadu, mengekalkan dan menyimpan rekod.
Dalam menjaga kebajikan dan menyediakan perkhidmatan, adalah sangat penting untuk menghantar atau berkongsi maklumat peribadi kepada pihak ketiga, tetapi tidak terhad kepada:-
i. Syarikat insurans untuk memproses tuntutan insurans
ii. Institusi kewangan bagi pembayaran ganjaran kewangan seperti bonus, elaun dan gaji
iii. Pihak-pihak ketiga yang diberi kuasa
iv. Agensi penarafan kredit untuk rujukan kredit bagi permohonan pinjaman
v. Penguatkuasaan agensi kawal selia dan agensi kerajaan atau mana-mana perintah mahkamah untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa
vi. Data anda boleh dikongsi apabila diperlukan oleh undang-undang dan apabila penyampaian adalah perlu bagi mematuhi undang-undang berkaitan
Pengekalan Data Peribadi
Apa-apa maklumat peribadi akan disimpan oleh KPYPJ bagi tujuan-tujuan di atas dan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan akan dibinasakan dan/atau dihapuskan mengikut polisi KPYPJ apabila maklumat tersebut tidak lagi diperlukan.
Dasar Privasi Kami Yang Tegas
KPYPJ adalah komited dan menjadi keutamaan kami dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi anda yang telah diberikan kepada kami dan ia telah menjadi dasar berterusan kami yang tegas untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskini.
KPYPJ juga akan memastikan bahawa data peribadi anda tidak akan digunakan untuk tujuan politik dan komersial. Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, data peribadi sensitif hanya boleh disampaikan apabila mendapat persetujuan dari anda.
Akses Kepada Data Privasi
Anda boleh mengakses dan mengemaskini data peribadi anda dengan menulis kepada kami di pdpakpypj@kpypj.edu.my. Sekiranya diperlukan, kami mungkin meminta maklumat tambahan atau pengesahan.
Persetujuan Adalah Penting
Dengan menghantar atau memberikan data peribadi anda kepada KPYPJ, anda telah mengizinkan dan bersetuju untuk data peribadi anda digunakan selaras dengan terma dan syarat-syarat dalam Notis Privasi ini dan polisi kami yang berkaitan.
Penarikan Balik Persetujuan
Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menulis kepada kami di pdpakpypj@kpypj.edu.my. Sekiranya perlu, kami mungkin memerlukan maklumat atau pengesahan lanjut.
Jika anda tidak bersetuju atau kemudiannya menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan dan penyampaian data peribadi anda, KPYPJ tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab KPYPJ atau menghubungi anda atau membantu anda berkaitan dengan tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas.
Cara Menghubungi Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, aduan, mencapai Maklumat Peribadi, pembetulan atau mengemaskini Maklumat Peribadi anda, sila hubungi KPYPJ melalui maklumat berikut:
Pegawai Data Peribadi
Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia & Korporat
Aras 2, Wisma YPJ Holdings
No. 5, Jalan Sri Perkasa 1/3
Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru
Johor
No telefon : 07 – 241 6161
No. faks : 07 – 241 6401
Emel: di pdpakpypj@kpypj.edu.my
Laman sesawang: www.kpypj.edu.my